May 17th, 2008 by anazabri

Hari Guru semalam aku mendapat sms dari salah seorang pelajarku. Begitulah setiap kali pasti ada yang mengingatiku apabila datangnya Hari Guru, alhamdulillah. Aku juga ada kalanya terkenang beberapa orang pelajar yang benar-benar telah meninggalkan kesan dalam hidup. Antaranya Siti Azalina.

Siti Azalina, gadis berkulit hitam manis dan mempunyai wajah yang tak kurang manisnya. Hingga hari ini ada sedikit kekesalan kerana kurang prihatin kepadanya dulu. Saya dalam kelas puan last sem., tapi saya ambil cuti sakit. Sem ni saya sambung belajar. Itu antara kata-katanya ketika aku memasukkan buku dan nota ke dalam beg di akhir kelas. Aku memandang wajahnya, aku tak ingat pun wajahnya itu dari semester lalu. Seperti biasa aku tanyakan, sekarang dah ok ke? Dia kata, insyaallah ok, sambil tersenyum.

Ada

lesung pipit di pipi. Dengan bersahaja aku tanya lagi, awak sakit apa? Leukimia, jawabnya. Aku terkejut. Aku pandang wajahnya sambil

cuba

menyembunyikan rasa terkejut. Betul dah ok sekarang ni? Tanyaku lagi. Dia angguk. Kemudian aku tanyakan tentang rawatan dia.

Ada

kelas lain yang akan bermula. Aku tak dapat berbual lanjut.

Selepas itu, apabila bertemu dia, aku tak lupa tanyakan khabar. Bila dia tiada di kelas ku, aku akan bertanya kawan baiknya selepas kelas.

Ada

kebimbangan tentang tahap kesihatannya. Aku masih ingat ada kala aku terserempak dia di luar bangunan fakulti menunggu ayahnya menjemputnya dengan teksi. Ayahnya pemandu teksi. Saya tak tahan panas, Puan. Ayah kena ambil bila ada kelas macam ni, beritahunya apabila aku tanyakan dia sedang menunggu siapa.

Cuti semester berlalu, dan seperti biasa semuanya sibuk. Ketika aku masuk ke pejabat hal ehwal pelajar, tertangkap suara staf berkata, ini dialah yang meninggal tu. Aku tanya, sebab accident ke? Tak, jawab Kak Syah, sakit. Aku jenguk fail di tangan Kak Syah. Ya Allah!! Berderau darahku. Ini student saya, aku bersuara tinggi. Hatiku mulai sebak. Aku tanya soalan bertalu-talu kepada Kak Syah, bila, kat mana. Termangu-mangu kakak yang sorang ni. Tak taulah, ayah dia yang bagi

surat

hospital ni, katanya lagi. Aku tatap

surat

pengesahan kematian.

Aku tinggalkan Kak Syah, masuk ke bilik pejabatku. Aku terduduk. Terbayang-bayang wajahnya, terbayang-bayang senyumnya, terbayang-bayang lesung pipitnya. Hatiku bertambah sebak. Aku sedekahkan fatihah kepada arwahnya  Aku terpaksa ke kelas. Di kelas, aku renung wajah pelajar-pelajar di hadapanku. Mereka agak termangu melihat renunganku.

Aku tanyakan jika mereka kenal Azalina. Ramai yang kenal. She passed away, kataku dengan nada sebak. Aku tak dapat teruskan kata-kata lalu keluar dari kelas. Aku masuk ke bilik pejabat ku semula. Airmata aku keluar. Aku sedekahkan fatihah kepada arwahnya lagi berkali-kali. Masuk kembali ke kelas, aku memberi kata nasihat buat pelajar-pelajarku. Hargailah masa sihat dan masa muda seperti dia. Walaupun tahu yang penyakitnya amat serius, dia tetap mahu teruskan pelajarannya. Sebenarnya dia hanya perlu lulus tiga atau empat kursus saja lagi untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Aku dan beberapa orang rakan menziarahi keluarganya di sebuah kampung yang terletak di Ulu Kelang. Aku amat kesal kerana tidak tahu yang dia telah dimasukkan ke hospital lagi. Menurut ayahya (yang sentiasa tenang wajahnya), dia terpaksa menjalani rawatan kimoterapi lagi. Sebenarnya dia tidak tidak sempat pun menduduki peperiksaan akhir kerana terpaksa dimasukkan ke wad. Aku kesal kerana tidak menyedari yang dia tidak hadir ke peperiksaan yang lalu. Aku amat kesal kerana tidak dapat menziarahinya di hospital.

Dia mengajar ku supaya memandang pelajar-pelajarku dengan pandangan kasih sayang. Setiap dari mereka mungkin mempunyai sejarah atau kisah yang aku tidak tahu. Perjuangan hidup mereka mungkin lebih payah dari apa yang pernah aku lalui sebagai seorang pelajar dahulu.

YT KU SAKIT PINGGANG

May 15th, 2008 by anazabri

Bukannya niat nak mengatakan padan muka kepada YT ku ini. Tapi ada kalanya (rasanya banyak kalanya) cakap isteri tu betul. Beberapa kali aku katakan padanya, janganlah ke workshop hari minggu. Rihatlah di rumah bersama keluarga. Jagalah kesihatan. Sudahlah enam hari full day di workshop. Iyelah orang ada workshop nak pergi, kita ni manalah ada workshop nak pergi hari minggu, aku perlikan dia.

Nak dijadikan kisah, YT ku ke workshop juga Ahad lepas kerana memindahkan satu barang yang aku rasakan besarlah juga dan memang berat kerana “made of steel”. Dengan pertolongan kuncu-kuncunya (kawan-kawan baiknya yang sentiasa memberikan sokongan kepada YT ku termasuklah sokongan supaya ke workshop pada hari minggu!!!), barang tersebut dapatlah dipindahkan.

Tetapi lewat petang itu YT ku pulang dengan muka berkerut. Aku pula waktu itu sedang bersantai (lelap matalah tu maknanya). Keluar dari bilik air setelah mandi, kerut di wajahnya bertambah sambil tangannya memegang belakang pinggang. Sakit belakang, katanya. Kasihan sungguh aku padanya. Lalu ku tanyakan, nak sapu minyak panas ke? Lepas solat, jawabnya.

Dalam hatiku ada juga gelihatinya sebab betullah kata-kataku sebelum ini, supaya rihat-rihatlah di rumah pada hari minggu. Jagalah kesihatan, janganlah bekerja tujuh hari seminggu.

Duhai para suami, lain kali cuba-cubalah dengar cakap sang isteri kerana ada juga kebenaran pada cakap-cakap mereka tu.

(YT = Yang Tersayang)

April 1st, 2008 by anazabri

Sudah lebih dua bulan kembali ke tanah air bertuah. Sememangnya kepulangan ini terlalu dinanti-nantikan. Almaklumlah sudah bertahun tidak pulang.

Menjejak kaki di perut pesawat MAS sudah mula aku rasakan suasana Malaysia. Aku kira senyumku tidak berkesudahan. Sepanjang perjalanan cuba membaca novel bekalan sambil mendengar siaran radio. Itupun anak kesayangan yang mencarikan siaran yang sesuai untuk ibunya. Pandai jugak si anak dara aku menyerahkan alat dengar (earphone) kepada ku tatkala dia tertangkap irama asli melayu. Ehem, kiranya aku ini berminat mendengar irama asli yang mendayu.

Setiba di KLIA, perasaan gembira membuak-buak. Ini tanahku, ini tempat tumpah darahku!!!! Jerit batinku. Anak-anak yang pada awalnya agak sedih meninggalkan bumi Australia, bagai menari-nari di lantai KLIA kegembiraan. Masing-masing teruja melihat gelagat orang Malaysia. Mula membuat pelabagai kenyataan tentang ini dan itu yang  tidak ada di tanah Australia. Aku senyum. Yang tersayang pun lagi lebar senyumnya.

Memang terharu apabila dapat mendakap insan-insan tersayang yang kami tinggalkan dulu. Apa lagi apabila menatap wajah emak yang tenang. Airmata tergenang di bibir mata.

Beberapa minggu pertama aku jadi seperti kambing lepas kandang (betul ke perumpamaan ni???) Mataku meliar melihat alam sekitar bersama gelagat manusia. Dan paling aku kagumi ialah warna-warni manusia di Kuala Lumpur ini. Ketika melalui laman universiti, kelihatan siswi-siswi yang berdiri di perhentian bas dengan pelbagai warna baju kebangsaan. Aku katakan pada yang tersayang, lawa-lawanya budak-budak ni. (mungkin itu jugak yang terlintas di hati yang tersayang aku ketika itu, tapi hendaknya tidaklah …………………….)

Aku Sayang Emak!!!!!

December 5th, 2007 by anazabri

Came across this posting at http://virtualfriends.net/main/?frame=1

Aku dengan Mak tidak rapat. Mungkin sebab semasa aku kecil aku ni tomboy, tak reti meleseh dan aku suka membawa diri. I was a middle child and often found refuge in books? if I wasn’t up the tree or down in the drain. Aku tidak pernah ingat if aku pernah merajuk atau kecil hati semasa kecil. Mak, was from the old school, kalau aku nakal atau menggelenyor ( satu lagi perkataan Johortak reti duduk diam / hyperactive ), zass akan dicubitnya peha aku.

To show you just how hyperactive I was as a child :- aku pernah patah kedua-dua tangan aku before the age of six (different arms, different times) sebab jatuh kerusi dan basikal. Nak jadi orang circus, agaknya. Jari aku pun pernah tersepit kat pintu kereta, aku pernah pengsan sebab jatuh basikal semasa konvoi dengan kawan-kawan hingga dihantar pulang oleh a good Samaritan. But, bila AKU marah? aku pancit kereta bapa aku ! THAT I remember, and I was only five ! Kelam kabut orang tua tu lari ke luar rumah bila dia dengar bunyi tayar kereta go ssssssss.. but, dia tak marah kat aku. Apa lagi pukul aku. I was 5, remember? bukannya tahu apa lagi? (hhmmm.. sounds familiar? Macam what my Brood is doing to me. What goes around COMES around!) Walaupun Mak was not demonstrative of her affections, aku tahu dia amat menyayangi anak-anaknya. Mungkin sebab dia sudah masak dengan perangai anak-anak dia yang dare devil, dia tidak mudah melatah dan sentiasa cool. Mungkin aku mewarisi sikap ini dari dia di dalam menghadapi kerenah anak-anak.

Disebabkan aku tomboy, maka seharusnya lah aku tidak suka perkara-perkara yang berkaitan dengan kewanitaan seperti memasak, menjahit,mekap, fesyen dan sewaktu dengannya. Mak relax jer. Tak de nak berleter kataku suruh masuk dapur or pakai pakaian yang feminine.

Namun aku mula belajar memasak bila aku di Form One .itu pun masak jemput-jemput (cekodok to some of you). Aku bukan belajar dengan Mak tetapi dari rakan Girl Guides aku. Semasa camping, aku "heran" kawan-kawan sebaya aku terrer memasak . hatta hanya memasak sardin, lempeng dan jemput-jemput. Bila aku perhatikan mereka dan di rumah, aku cuba buat sendiri. Mak hanya bertanya : Ko belajar masak ni kat mana? Aku dengan bangganya menjawab " kat camping laa. Tulah Mak tak bagi kita pergicamping, kita belajar macam-macam kat situ "

Mak was a housewife. Dia pandai memasak dan menjahit traits di mana,alas, tidak dapat diwarisi oleh anak perempuannya. Menjahit, I mean. Memasak tu, boleh lah setakat nak bagi orang makan.Mak tidak pernah menyuruh aku masuk dapur. if she needs help, dia akan tanya aku dulu, "kau tengah buat apa tu?" which, all of the time I was reading. "Membaca" I would reply, and that was the end of it. Mak tidak akan menganggu aku bila aku membaca. Di waktu aku kecil, there were no washing machine , but we had a washerwoman yang datang tiap-tiap pagi untuk membasuh baju di rumah kami.When Mak had a baby, my Dad would arrange for a relative to stay with us to help with housework and cooking. I was too young (in their eyes) to be burdened with the housework. Aku cuma main dan belajar aje.

I stayed home until Form Five before I left for KL to continue my studies and subsequently working. Bila my Dad hantar aku ke bus stand untuk ke KL to start my job, he said, " Bila kau ada masa cuti, balik jengok Mak.Kalau ada duit lebih, bagi kat Mak sikit. Aku ni tak apa, tapi Mak tu, kau telefon-telefon lah dia " When I had my first gaji ,aku bawak Mak shopping. Serupalah macam iklan BCB tu. " Ambik, ambik SEMUA". Mak tersenyum aje. In subsequent years, aku akan membelikan Mak handbag, tudung, kain dan barang-barang yang dia suka. Since I was travelling in my job that time,aku sentiasa akan belikan souvenirs for her from wherever I went.

Aku tahu Mak bangga dengan pemberian aku sebab aku pernah dengar Makcik-Makcik kat kampung during kenduri admiring her bag, her tudung and she proudly announced, " ni anak aku bagi ni." Semasa aku bersalinkan Abang, Mak helped care for me and the baby sampai habis pantang. Aku, habuk pun tak reti jaga budak.

But, umur Mak tak lama..

A few month selepas Abang dilahirkan, Mak was diagnosed with cancer. Malignant melanoma. Mak was brought to KL for treatment because the type cancer was rare in Malaysia. Four months after Mak was first diagnosed, we were summoned by the doctor. The prognosis was not good. The cancer has spread to the lungs. "How long does she has, doctor ? " "Four months." the good doctor said quietly. My sister and me were stumped. Both my parents were out in the ward, we were in one of the rooms.

"Maybe you would like to take her home, because old people would prefer to die at home. "

DIE??

Bila kami keluar dari bilik doctor, my sister went to talk with my Dad, while I went to see Mak. "Apa doctor cakap?" Mak tanya.

How, just HOW do you tell your mother that her days are numbered? I was not the touchy, feely type. I never hugged my mother. Salam and kiss her hands yes, but never hugged. But, at that moment ? I really, really wanted to hug her tight and tell her how much I loved her.

But, I didn’t. Mak would suspect something amiss if I do that.

"Er, doctor cakap kalau Mak nak balik rumah, boleh." She was happy. She missed home and all the cucu. Kids were not allowed in the ward, and all her cucu were under 12 (at that time).

"Bila kena datang sini lagi?" Mak tanya lagi. "Nanti doctor bagitahu"

We never told her of what the doctor said. We never knew if our Dad ever did, because we never talked about death. Neither did she.

Four months.

How can you tell your mother how much you love her. How can you SHOW her what she meant to you in FOUR months. How can you make her happy in the last four months of her life? The dreaded months passed quickly. Four months came and she is still alive, albeit weaker and by then, bed ridden. All my siblings take turns to come and care for her.

Di sinilah aku nampak betapa mulianya seorang ibu yang disayangi dan disanjung oleh anak-anak. Pepatah mengatakan seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, but sepuluh anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.My Dad sering mengingatkan, "setitis air mata ibu jatuh kerana hatinya terguris, boleh mengoncang tiang Arasy "

I felt very blessed that Mak dapat merasai kasih sayang dari kami semua especially di akhir hayatnya.. The day came two months later.

Mak was having trouble breathing my my Dad call us the children at 5 am. Bapak aku kata Mak nazak. Aku tengok nafas Mak shallow but she was still conscious. Mak kata, kaki dia sejuk. Aku picit dan gosok kaki Mak. My sisters duduk di kiri kanan Mak. Everybody is doing something for Mak.

Bahagianya Mak aku tengok, di saat-saat akhirnya dikelilingi oleh anak-anak. Then azan subuh berkumandang. My Dad ajak Mak bersolat subuh. Kami pakaikan Mak wuduk dan telekung. We watched our parents menunaikan solat jemaah untuk kali yang terakhir dengan linangan air mata.

Selepas subuh, kami membaca Yaasiin. My Dad suruh Mak ikut dia mengucap syahadah. As I was seating di tepi kepala Mak, aku pangku Mak dan bisikkan di telinga Mak, "Mak, ikut saya ye. Ucap syahadah" Mak ikut. Aku peluk Mak dan bisikkan " Mak, ampunkan dosa saya dan halalkan air susu Mak" Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 59 tahun dan dikelilingi suami, sebahagian anak-anak dan cucu-cucu. I was a young mother when Mak passed away. Abang only a year old. Walaupun zaman aku berbeza dengan zaman Mak tetapi foundationnya tetap sama. Kasih sayang. Keikhlasan. Tanggungjawab.

Tiga faktor yang pada aku amat penting di dalam peranan seorang ibu. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi (unconditional love), keikhlasan hati sebagai ibu terhadap anak-anak dan tanggungjawab yang diberikan Tuhan kepada amanahnya.

To me these three basic foundation aku cuba terapkan sebaik mungkin sambil gunakan ilmu keibubapaan yang aku pelajari dan perhatikan bersesuaian dengan zaman dan keadaan. Pengalaman aku sebagai anak juga banyak membantu di dalam peranan aku sebagai ibu. I am not a perfect person, what more a perfect parent. I have always enjoyed my childhood and would love my children to havethe same happiness as I did.

But, God has His plans for me and my Brood. All the dugaan that He gave has made us stronger and more appreciative of what we STILL have. EACH OTHER.

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours.

Alhamdulillah

October 22nd, 2007 by anazabri

Semalam nasib ini kurang baik. Memang sesekali itu dugaan Allah beri supaya kita mengingatiNYA.

Aku tinggalkan anak2 ku yang dua orang di hadapan Telopea Park School dan meneruskan perjalanan seperti biasa ke universiti. Masuk ke Sydney Avenue aku lihat dua buah bas sedang berhenti di lampu isyarat. Aku tahu itu adalah simpang tiga masuk ke State Circle berhampiran dengan Parliament House. Bila kereta menghampiri bas, lampu bertukar hijau, bas pun mula bergerak. Aku tukar ke gear tiga. Ketika betul-betul dipertengahan simpang dalam State Circle, aku terlihat dari sudut mataku sebuah kereta putih sedang laju. Dalam hati sempat berkata, kereta ni tak nak berhenti ke kat lampu merah. Aku agak pasti walaupun kereta itu akan langgar lampu merah, dia tidak akan melanggar aku kerana aku rasa seperti sudah agak ke depan. Tiba-tiba aku dengar bunyi kuat dari sisi kanan belakang dan badanku tertolak ke kiri dan kanan. Aku dengar bunyi tayar kereta terseret. Kereta ku terpusing 180 darjah dan bergerak ke belakang lalu naik ke bahu jalan. Aku cuba menekan brek tetapi kereta terus undur ke belakang di kawasan yang ada pohon-pohon gum. Allah, brek tak makan ke. Aku pusingkan badan ke belakang takut-takut terlanggar tiang atau pokok. Aku tekan-tekan brek lagi. Kereta terus mengundur. Akhirnya terlintas untuk mengangkat brek tangan dan kereta berhenti hanya 3,4 inci dari sepohon pokok gum. Kereta yang melanggar aku berhenti di bahu jalan di seberang jalan. Aku terdiam sebentar dalam kereta, cuba memahami keadaan. Aku keluar kereta, tangan dan kaki menggeletar. Aku duduk semula. Ada dua buah kereta lain berhenti dan pemandunya keluar. Wanita dari salah sebuah kereta yang berhenti itu bertanya adakah aku ok. Aku tanya kepada dia dengan wajah yang bingung ku rasa, "It was green for me right?" Bertalu-talu aku tanya dia. Dia gosok-gosok belakangku dan mengiakan beberapa kali.
Aku telefon suami minta dia datang. Apalagi bila dengar suara yang tersayang, mulalah menangis.

Yang melanggar aku ialah wanita dalam lingkungan 70an. Alhamdulillah semuanya beres beberapa jam selepas itu di balai polis Woden dan di syarikat insuran (NRMA). Keretaku….kena "write off" jawabnya jadi besi buruk. Nak betulkan pun makan seribu dollar jugak. Mungkin lebih. Harga kereta pun bukanlah mahal, maklumlah kita ni belajar di rantau orang ni. Nak guna kereta pun beberapa tahun saja.

Rasa-rasanya tidak mahu memandu lagi. Aku jadi takut melihat kereta yang bergerak di jalanraya terutama di persimpangan. Yang tersayang menawarkan kereta dia. Aku menolak. Rasanya buat beberapa hari ini tak nak memegang stereng. Hari ini aku gembira sebab naik bas, tak perlu memandu.

Walau bagaimanapun banyak lagi perkara yang patut aku syukuri. Sekiranya aku cepat beberapa saat, kemungkinan kereta itu akan melanggar di bahagian pintu pemandu dan akupun akan cedera (kalau tak cedera mungkin…..huh tak nak difikirkan), alhamdulillah itu tidak terjadi. Makcik yang melanggar itu pun mengakui salah dia, alhamdulillah. Selepas itu kami sama-sama ke balai polis dan ke pejabat insuran dia, alhamdullillah dia seorang yang bertanggungjawab dan mengaku kesalahan sendiri.
Alhamdulillah……

Terima Kasih, Adik-adikku

October 21st, 2007 by anazabri

Dari kelmarin mahu mencatat penghargaan buat mereka. Tetapi diri terlalu sibuk melayan kerja, melayan perasaan, melayan insan-insan tersayang dan melayan dia yang tersayang….

Sebenarnya mahu mencatat terima kasih buat normi, su dan mas. Sememangnya, normi, nasi ayammu itu adalah yang paling enak rasanya dan su, sardin dimasak dengan soh un itu juga yang paling sedap. Ada orang memberitahuku satu ketika dulu, masakan yang dimasak dengan kasih sayang akan bertambah enak rasanya. Rasa-rasanya agak tepat kenyataan itu. Angin kencang yang menerbangkan apa saja yang ringan tidak melunturkan selera tengahari itu. Tidak ada yang bersisa melainkan rasa persahabatan yang semakin terpupuk.

Buat adik Mas yang datang dari Belconnen hanya untuk bertemu kakaknya ini, hmmmm terasa istimewanya diri ini. Seronok mendengar ceritamu tentang masa lamamu di Pajenka cafe bersama secangkir capucino dan sepotong kek.

Sesungguhnya aku hargai ingatan kalian. Hari itu akan kuingat sepanjang sisa hidup ini.

October 19th, 2007 by anazabri

Hendak saja aku biarkan. Tapi hati sedih jadi pedih dan kemudian jadi sakit. Memang kita ini hanya manusia biasa.

Tahukah engkau beberapa tangkai persahabatan telah terputus sejak pemergianmu? Aku beritakan kepadamu. Namun, engkau diam membisu. Bukan kata maaf yang aku harapkan tetapi usahamu untuk menjernihkan suasana.

Aku tidak tahu bagaimana engkau meneruskan kehidupanmu setelah mengetahui kesilapan yang lalu. Aku tidak mengerti mengapa engkau biarkan salah faham itu berterusan. Sedangkan ianya berpunca darimu jua. Tenteramkah jiwamu?

Lalu aku rumuskan bahawa sesetengah manusia itu memang bersikap seperti semak dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masing-masing. Ataupun telunjuk lurus kelingking berkait. Bicaramu lembut gigi dari lidah tetapi hatimu tidak dapat aku pastikan keikhlasannya.

Teman ketawa senang dicari, teman menangis memang payah untuk ditemui. Engkau bukan kedua-duanya buatku. Malah engkau hanya pandai mencari teman untuk meminta meringankan atau melunaskan masalahmu. Apabila tiada lagi masalah mengerumunimu, aku engkau

Namun apa yang berlaku kini adalah satu sempadan buat diriku. tinggalkan. Tiada apa lagi yang aku harapkan darimu. Tidak secebis berita juga tidak sebuah pertemuan.

Ramadhan kali ini

October 11th, 2007 by anazabri

Ramadhan sudah hampir benar ke penghujungnya. Ada pilu dan kesal mengiringi pemergiannya. Memang lumrah manusia mudah menangisi dan menyesali yang telah berlalu. Namun Ramadhan kali ini ada yang menyentuh hati. Satu Jumaat di Masjid Abu Bakr, kata-kata sang imam masih terngiang di deria dengarku. Kata sang imam, Ramadhan adalah bulan untuk memohon kemaafan Allah. Tidak ada yang lebih penting selain dari meraih keampunan dariNya. Mendapat keampunan Allah adalah yang terpenting, lebih penting dari memohon kemurahan rezeki, lebih penting dari memohon kebaikan-kebaikan duniawi yang lain.

Aku terpaku di tingkat atas masjid. Mengenang kelalaian dan kebodohan diri selama ini. Meletakkan keinginan-keinginan duniawi selari dengan memohon keampunan dari Illahi. Kata-kata sang imam terngiang hingga dinihari sehingga usai urusan sahur. Titik-titik jernih itu tidak dapat ku tahan dari mengalir, menangisi kekesalan diri. Apakah masih ada sisa keampunan untuk diri ini. Masih sudikah Dia memandang dengan rahimNya. Ada takut menyelinap dalam diri…..sekiranya itu semua tidak ada lagi untuk diri ini.

RESEPI CINTA

October 8th, 2007 by anazabri
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 tin cerita
  • 2 keping hati yang masih muda*
  • 1 mangkuk besar pengertian
  • 2 tin keimanan kepada Tuhan
  • 2 biji tomato pengharapan
  • 1 mangkuk keyakinan
  • 1/2 sudu cemburu
  • 1 mangkuk perjodohan
  • cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

CARA - CARANYA :

  • Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
  • Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
  • Tuangkan kepercayaan (keyakinan & keimanan**) dan pengertian.
  • Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing.
  • Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
  • Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.
  • Canpuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan  sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

        Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
        Masanya: Darah Muda*

        Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.
 
 
 

  • sumber: keratan akhbar tanpa tarikh
  • terima kasih kepada pencipta resepi ini - siapa jua anda-

* Tambahan nota: Rasanya bukan sahaja hati muda atau darah muda. Ada waktu pasangan suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga juga boleh mengulangi resepi in sebagai menu kehidupan.

** Tambahan dari saya…….

Selamat Mencuba

Copied from Resepi Kak Wan di alamat: http://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/resepikakwan.html

Pemain bola, rakyat Iraq mahu AS segera undur askar

August 28th, 2007 by anazabri

Oleh: Dr Syed Azman Syed Ahmad

Mon | Aug 27, 07


KEMENANGAN pasukan bola sepak Iraqmenjuarai Piala Asia diraikan seluruh warga Iraq tanpa mengira mazhab dan fahaman politik. Pasukan dibarisi pemain-pemain daripada fahaman Sunni, Syiah, Kurdis dan Turkmen ini telah mengejutkan dunia bola sepak dengan mengalahkan pasukan Arab Saudi yang dianggap lebih kuat dan terlatih.

Lebih mengkagumkan lagi pasukan Iraqterpaksa mengharungi pelbagai ancaman termasuk penculikan, kematian di kalangan ahli keluarga serta gangguan keselamatan sepanjang latihan. Namun di sebalik kegembiraan rakyat Iraqmeraikan kemenangan ini, mereka sebenarnya sedang menghadapi ancaman kehidupan yang amat menyayatkan hati. Satu kajian terbaru yang dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan OXFAM yang beribu pejabat di London mendapati kesan perang di Iraqtelah mencetuskan krisis kemanusiaan amat kritikal.

Menurut laporan tersebut lebih 28 peratus kanak-kanak Iraq

menghadapi kekurangan zat makanan, 15 peratus penduduk tidak mampu mendapatkan makanan mencukupi serta 70 peratus penduduk menghadapi kekurangan air minuman bersih.

Bayangkan bagaimana rakyat sebuah negara yang dianggap ‘singa Mesopotamia’ yang kaya dengan hasil minyak dan gas terpaksa merempat di negara sendiri. Ke mana perginya hasil kekayaan negara selepas tumbangnya Saddam Hussein di tangan Amerika Syarikat?

Yang nyata syarikat-syarikat minyak konglomerat Amerika dan Eropah yang besar sedang bersaing menghirup sebahagian besar hasil kekayaan bumi Iraq untuk dibawa keluar dari negara tersebut. Adalah dianggarkan Iraqkini mempunyai simpanan minyak dan gas lima kali ganda lebih besar daripada Arab Saudi dan Negara Teluk lain.

Malangnya apa yang berlaku di Iraq adalah akibat ketidakstabilan serta keganasan berterusan terutamanya selepas penaklukan Iraq

oleh tentera Amerika dengan menggulingkan rejim Saddam.

Janji Washington ‘menggembalikan kestabilan serta pembangunan kepada rakyat Iraq’ ternyata omongan kosong. Apatah lagi janji-janji Washington untuk membawa demokrasi serta keamanan kepada Iraq

tidak terlaksana.

Jelas kegagalan polisi luar Amerika serta sekutunya di Iraq semakin terserlah. Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Iraq terbunuh akibat penaklukan tentera asing yang diketuai oleh Amerika. Siri kekejaman dan penindasan terus berlaku di atas nama ‘memerangi keganasan dan Al-Qaeda’ di bumi Iraq. Sehingga kini dianggarkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Iraq terbunuh setiap hari dan lebih 100 tentera Amerika terbunuh setiap bulan. Washington terpaksa menerima ratusan keranda mayat tentera mereka setiap bulan.

Laporan OXFAM juga menyebut kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak Iraq meningkat mendadak dan khidmat asas yang dijalankan sejak perang bermula tidak mampu memenuhi keperluan penduduk setempat. Begitu juga laporan tersebut menganggarkan lebih dua juta penduduk Iraq terpaksa meninggalkan negara sejak 2003 dan menetap di negara jiran seperti Iran, Jordan dan Syria.

Dalam laporan lain yang dikeluarkan OXFAM mendapati hampir lapan juta penduduk Iraq memerlukan bantuan kecemasan seberapa segera. Angka ini termasuk empat juta penduduk yang memerlukan bantuan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan lain. Sementara itu lebih dua juta penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat dalam negara mereka dan dua juta lagi terpaksa menjadi pelarian di beberapa negara.

Berikut diperincikan sebahagian laporan OXFAM tersebut:

*Empat juta rakyat Iraq yang merupakan 15% daripada penduduk tidak mampu mendapatkan bekalan makanan harian yang mencukupi.

*Sejumlah 70% penduduk Iraq tidak mendapat bekalan air bersih berbanding dengan 50% pada 2003 sebelum pencerobohan Amerika.

*Sejumlah 28% kanak-kanak Iraq menghadapi kekurangan makanan berzat berbanding dengan hanya 19% pada 2003 sebelum pencerobohan Amerika.

*Sejumlah 92% kanak-kanak Iraq menghadapi masalah pembelajaran dan kebanyakannya ‘berada dalam suasana ketakutan’.

*Lebih dua juta rakyat Iraq yang majoritinya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak kini menjadi pelarian di negara sendiri.

* Lebih dua juta rakyat Iraq kini menjadi pelarian terutamanya di Syria, Jordan dan Iran.

Namun Amerika terus berada dalam penafian dengan penuh keangkuhan walaupun seluruh dunia menyaksikan ‘sandiwara’nya. Keengganan Amerika menerima realiti kegagalan polisi penjajahan di Iraq telah memberi kesan amat mendalam kepada rakyat tempatan serta membawa kepada percaturan politik antarabangsa lebih parah.

Presiden George W Bush sendiri menggangap bahawa penaklukan ke atas Iraq adalah tanggungjawab ‘legitimate’ bagi ‘memerangi pengganas’ serta ‘menjamin keamanan dunia’.

Lebih mengejutkan dalam satu kajian sebuah badan kajian antarabangsa mendapati lebih 72 peratus rakyat Iraq mahukan tentera Amerika segera berundur dari Iraq bagi menggembalikan keamanan di negara itu. Majoriti rakyat Iraq juga mahukan agar masa depan negara mereka ditentukan oleh pimpinan politik tempatan di negara mereka dan bukannya dengan campurtangan dan arahan Washington.

Mungkin inilah luahan isi hati majoriti penduduk Iraq seperti yang dituturkan ketua pasukan bola sepak Iraq, Younis Mahmoud; “saya berharap untuk pulang ke Baghdad untuk meraikan kemenangan pasukan kami, tapi siapakah yang akan menjamin nyawa dan keselamatan kami? Di Iraq kamu tak tahu siapakah yang akan membunuh kamu…tetapi masalahnya adalah dengan kehadiran tentera Amerika dan kerajaan sekarang. Saya tidak mahu rakyat Amerika membenci saya tapi saya mengharapkan agar tentera Amerka tidak menjajah bumi Iraq dan saya mendoakan kami (rakyat Iraq) akan menghalau mereka seberapa segera.”

Mahmoud sendiri menyatakan bahawa kesemua anggota pasukan bermain bermati-matian apabila mendapat tahu seorang ibu di Baghdad mengabadikan kehilangan seorang anaknya yang berusia 12 tahun yang terbunuh dalam serangan bom kereta kepada pasukan Iraq beberapa hari sebelum pertandingan Piala Asia bermula.

Jurulatih pasukan Iraq, Jorvan Viera pula mengabadikan kemenangan pasukannya kepada pakar ‘physiotherapist’ pasukan Iraq, Anwar Jassim yang terbunuh dalm serangan bom kereta beberapa hari sebelum beliau bertolak bersama pasukan Iraq untuk menyertai pertandingan tersebut.

Anwar meninggalkan seorang isteri beserta empat anak kecil.

Ya, inilah realiti di Iraq kini. Pasukan bola sepak Iraq berjaya membuktikan bahawa mereka boleh bersatu dan berjaya walaupun berlainan fahaman dan mazhab.

Namun kepimpinan politik Iraq bercakaran dan terus dicemari dengan tangan-tangan jahat penjajah Amerika yang mengapi-apikan sentiman puak dan mazhab yang sempit sehinggakan darah insan tidak bersalah terus mengalir di bumi Iraq.