Archive for December, 2006

Congratulations, Ruqaya!!

Tuesday, December 12th, 2006

Image

Penampilan atlet wanita muslim dari bahrain, Ruqaya Al Ghasara ini patut menjadi ikutan dan panduan kepada kita semua. Bukan sahaja beliau dapat mempertahankan penampilan keislaman, malah beliau telah maraih kejayaan di Sukan Asia di Doha dengan pingat emas bagi acara 200m dan gangsa bagi acara 100m. Tahniah kepada Ruqaya khsusnya dan wanita Islam amnya. Tapi setakat berbangga dengan kejayaan seorang Ruqaya tidak cukup. Sebagai wanita muslim kita semua mesti menunjukkan semangat dan sikap seperti Ruqaya. Contohnya, melakukan sesuatu dengan terbaik dan mempertahankan keislaman kita luar dan dalam. Jangan jadikan sebab menutup aurat itu wajib lalu kita tidak menceburi pelbagai bidang. Ataupun kerana hendak "berjaya" kita tidak mempertahankan hukum Allah. Terima kasih dan tahniah Ruqaya kerana menunjukkan jalan kepada kami semua!!!!!!!!!!!