Archive for March, 2007

Janji Melayu

Monday, March 5th, 2007

Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat AJK persatuan. Bila sahaja tiba hendak menentukan masa program, sering ungkapan ini diluahkan - "kalau janji melayu kena awalkan masa" - lebihkurang begitulah. Walaupun amat sering mendengarnya, namun telinga ini selalu berdesing. Terasa sedih juga bila orang melayu sendiri yg menzahirkannya. Sekiranya kita telah sedar, kenapa kita sendiri tidak berubah.

Saya masih lagi ingat tentang satu temujanji untuk urusan dengan satu syarikat kecil. Kami telah berjanji jam 5 petang. Sehingga 5.15 wakil dari syarikat masih belum hadir, lalu saya pulang ke rumah. Rupanya sejurus lepas saya pulang, wakil tersebut pun sampai. Rakan-rakan beritahu yg wakil itu berkata, "dgn cik roszana ni memang tak boleh lewat sedikit, memang orangnya menepati masa." Dan selepas itu dia tidak pernah lewat datang sekiranya ada temujanji. Saya gembira, sekurang-kurangnya saya dapat mengubah satu hamba Allah. Tetapi rupanya saya sering dikecewakan dalam kareer saya bila terpaksa menunggu, kadang lebih dari sejam. Sering terpaksa menunda program selepas itu, mendraf surat, membuat perancangan mengajar, perancangan fakulti, dan lain-lain lagi, semuanya kerana terpaksa menunggu orang yang tidak menepati masa. Rupanya istilah "janji melayu" amat benar.

Apa masalah kita sebenarnya?? Pada pandangan saya, rata-rata kita tidak ada atau kurang "sense of responsibility". Kita BERTANGGUNGJAWAB untuk hadir pada masa yang ditetapkan. Sekiranya kita berjanji jam 3 petang, kita perlu untukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam sebelumnya untuk bersiap. Maksud "bersiap" di sini ialah menyediakan dokumen, jika hadir ke mesyuarat, atau menyediakan bahan-bahan program jika hadir ke sesebuah program.  Apa lagi jika membabitkan perjalanan. Sekiranya perjalanan memakan masa 10 minit, kita kena tambah lagi 5 minit kepada masa perjalanan, iaitu peruntukan masa untuk parking kereta ke. Kalau kita tahu jalanraya akan sibuk, kita kena tambahkan masa kepada masa perjalanan kita. Perkara ini nampak enteng, ringan, mudah atau tidak penting. Tapi bayangkan jika kita membuat orang lain tertunggu. Orang lain punya agenda harian tersendiri. Jangan disebabkan kita, mereka terpaksa menunda untuk pekerjaan lain seperti ke library untuk research, temujanji dgn pensyarah/pihak lain, program dengan keluarga mereka, dan pelbagai lagi. Jangan sesekali kita berkata walau dalam hati, "alah, lambat 5 minit aje, no big deal". Sebenarnya, "it could be a VERY BIG DEAL to some people". Sikap begini akan terus membuat kita ketinggalan tanpa kita sedar yang kita ketinggalan. Maksud saya ketinggalan dari segi "positive attitude". Cuab renungkan, sekiranya kita telah berjanji dengan 10 orang yang lain, dan kita lewat 5 minit. Sebenarnya kita jumlah kelewatan kita ialah 50 minit, sebab dengan 5 minit setiap orang dapat melakukan/memulakan perkara lain. Bayangkan kalau kita lewat 30 minit!!!!!

Sebenarnya dari zaman persekolahan lagi, saya punya angan-angan (dulunya saya katakan "cita-cita") yg satu hari nanti tiada lagi istilah "janji melayu". Tetapi setelah lebih 20 tahun, istilah itu masih ada, dan agak sedih bila ianya benar walaupun di kalangan orang berpelajaran tinggi. Sebab itu perkataan "cita-cita" tidak sesuai dengan keinginan saya itu.

Apabila kita menyebut "time management", kita rasa ianya tidak berkaitan dengan kita. Sebenarnya pengurusan masa bukan setakat mengurus masa untuk belajar, tetapi pengurusan masa untuk tidur, membeli-belah, makan, minum, rehlah, dan SEMUA aspek kehidupan kita. Kita MESTI lebih sensitif dengan agenda kehidupan orang lain dan MESTI mempunyai "sense of responsibility", BERTANGGUNGJAWAB untuk menepati setiap temujanji. Dengan bersikap demikian, secara tidak langsung, kita sebenarnya menghormati orang lain. Dan ada ketikanya orang lain akan hargai sikap kita.

Apa kata kita cabar diri sendiri untuk menepati masa selepas ini? Sekiranya cabaran yang dibuat sendiri pun kita tidak mampu penuhi, bagaimana kita hendak menyahut cabaran-cabaran lain dengan "much less positive attitude"?????