Archive for October, 2007
Aku tinggalkan anak2 ku yang dua orang di hadapan Telopea Park School dan meneruskan perjalanan seperti biasa ke universiti. Masuk ke Sydney Avenue aku lihat dua buah bas sedang berhenti di lampu isyarat. Aku tahu itu adalah simpang tiga masuk ke State Circle berhampiran dengan Parliament House. Bila kereta menghampiri bas, lampu bertukar hijau, bas pun mula bergerak. Aku tukar ke gear tiga. Ketika betul-betul dipertengahan simpang dalam State Circle, aku terlihat dari sudut mataku sebuah kereta putih sedang laju. Dalam hati sempat berkata, kereta ni tak nak berhenti ke kat lampu merah. Aku agak pasti walaupun kereta itu akan langgar lampu merah, dia tidak akan melanggar aku kerana aku rasa seperti sudah agak ke depan. Tiba-tiba aku dengar bunyi kuat dari sisi kanan belakang dan badanku tertolak ke kiri dan kanan. Aku dengar bunyi tayar kereta terseret. Kereta ku terpusing 180 darjah dan bergerak ke belakang lalu naik ke bahu jalan. Aku cuba menekan brek tetapi kereta terus undur ke belakang di kawasan yang ada pohon-pohon gum. Allah, brek tak makan ke. Aku pusingkan badan ke belakang takut-takut terlanggar tiang atau pokok. Aku tekan-tekan brek lagi. Kereta terus mengundur. Akhirnya terlintas untuk mengangkat brek tangan dan kereta berhenti hanya 3,4 inci dari sepohon pokok gum. Kereta yang melanggar aku berhenti di bahu jalan di seberang jalan. Aku terdiam sebentar dalam kereta, cuba memahami keadaan. Aku keluar kereta, tangan dan kaki menggeletar. Aku duduk semula. Ada dua buah kereta lain berhenti dan pemandunya keluar. Wanita dari salah sebuah kereta yang berhenti itu bertanya adakah aku ok. Aku tanya kepada dia dengan wajah yang bingung ku rasa, "It was green for me right?" Bertalu-talu aku tanya dia. Dia gosok-gosok belakangku dan mengiakan beberapa kali.
Walau bagaimanapun banyak lagi perkara yang patut aku syukuri. Sekiranya aku cepat beberapa saat, kemungkinan kereta itu akan melanggar di bahagian pintu pemandu dan akupun akan cedera (kalau tak cedera mungkin…..huh tak nak difikirkan), alhamdulillah itu tidak terjadi. Makcik yang melanggar itu pun mengakui salah dia, alhamdulillah. Selepas itu kami sama-sama ke balai polis dan ke pejabat insuran dia, alhamdullillah dia seorang yang bertanggungjawab dan mengaku kesalahan sendiri.
Terima Kasih, Adik-adikku
Sunday, October 21st, 2007Dari kelmarin mahu mencatat penghargaan buat mereka. Tetapi diri terlalu sibuk melayan kerja, melayan perasaan, melayan insan-insan tersayang dan melayan dia yang tersayang….
Sebenarnya mahu mencatat terima kasih buat normi, su dan mas. Sememangnya, normi, nasi ayammu itu adalah yang paling enak rasanya dan su, sardin dimasak dengan soh un itu juga yang paling sedap. Ada orang memberitahuku satu ketika dulu, masakan yang dimasak dengan kasih sayang akan bertambah enak rasanya. Rasa-rasanya agak tepat kenyataan itu. Angin kencang yang menerbangkan apa saja yang ringan tidak melunturkan selera tengahari itu. Tidak ada yang bersisa melainkan rasa persahabatan yang semakin terpupuk.
Buat adik Mas yang datang dari Belconnen hanya untuk bertemu kakaknya ini, hmmmm terasa istimewanya diri ini. Seronok mendengar ceritamu tentang masa lamamu di Pajenka cafe bersama secangkir capucino dan sepotong kek.
Sesungguhnya aku hargai ingatan kalian. Hari itu akan kuingat sepanjang sisa hidup ini.
Friday, October 19th, 2007
Hendak saja aku biarkan. Tapi hati sedih jadi pedih dan kemudian jadi sakit. Memang kita ini hanya manusia biasa.
Tahukah engkau beberapa tangkai persahabatan telah terputus sejak pemergianmu? Aku beritakan kepadamu. Namun, engkau diam membisu. Bukan kata maaf yang aku harapkan tetapi usahamu untuk menjernihkan suasana.
Aku tidak tahu bagaimana engkau meneruskan kehidupanmu setelah mengetahui kesilapan yang lalu. Aku tidak mengerti mengapa engkau biarkan salah faham itu berterusan. Sedangkan ianya berpunca darimu jua. Tenteramkah jiwamu?
Lalu aku rumuskan bahawa sesetengah manusia itu memang bersikap seperti semak dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masing-masing. Ataupun telunjuk lurus kelingking berkait. Bicaramu lembut gigi dari lidah tetapi hatimu tidak dapat aku pastikan keikhlasannya.
Teman ketawa senang dicari, teman menangis memang payah untuk ditemui. Engkau bukan kedua-duanya buatku. Malah engkau hanya pandai mencari teman untuk meminta meringankan atau melunaskan masalahmu. Apabila tiada lagi masalah mengerumunimu, aku engkau
Namun apa yang berlaku kini adalah satu sempadan buat diriku. tinggalkan. Tiada apa lagi yang aku harapkan darimu. Tidak secebis berita juga tidak sebuah pertemuan.
Ramadhan kali ini
Thursday, October 11th, 2007Ramadhan sudah hampir benar ke penghujungnya. Ada pilu dan kesal mengiringi pemergiannya. Memang lumrah manusia mudah menangisi dan menyesali yang telah berlalu. Namun Ramadhan kali ini ada yang menyentuh hati. Satu Jumaat di Masjid Abu Bakr, kata-kata sang imam masih terngiang di deria dengarku. Kata sang imam, Ramadhan adalah bulan untuk memohon kemaafan Allah. Tidak ada yang lebih penting selain dari meraih keampunan dariNya. Mendapat keampunan Allah adalah yang terpenting, lebih penting dari memohon kemurahan rezeki, lebih penting dari memohon kebaikan-kebaikan duniawi yang lain.
Aku terpaku di tingkat atas masjid. Mengenang kelalaian dan kebodohan diri selama ini. Meletakkan keinginan-keinginan duniawi selari dengan memohon keampunan dari Illahi. Kata-kata sang imam terngiang hingga dinihari sehingga usai urusan sahur. Titik-titik jernih itu tidak dapat ku tahan dari mengalir, menangisi kekesalan diri. Apakah masih ada sisa keampunan untuk diri ini. Masih sudikah Dia memandang dengan rahimNya. Ada takut menyelinap dalam diri…..sekiranya itu semua tidak ada lagi untuk diri ini.
RESEPI CINTA
Monday, October 8th, 2007BAHAN-BAHANNYA
CARA - CARANYA :
Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati. Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.
* Tambahan nota: Rasanya bukan sahaja hati muda atau darah muda. Ada waktu pasangan suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga juga boleh mengulangi resepi in sebagai menu kehidupan. ** Tambahan dari saya……. Selamat Mencuba |
Copied from Resepi Kak Wan di alamat: http://www.geocities.com/Athens/Troy/6007/resepikakwan.html