Alhamdulillah
Semalam nasib ini kurang baik. Memang sesekali itu dugaan Allah beri supaya kita mengingatiNYA.
Aku tinggalkan anak2 ku yang dua orang di hadapan Telopea Park School dan meneruskan perjalanan seperti biasa ke universiti. Masuk ke Sydney Avenue aku lihat dua buah bas sedang berhenti di lampu isyarat. Aku tahu itu adalah simpang tiga masuk ke State Circle berhampiran dengan Parliament House. Bila kereta menghampiri bas, lampu bertukar hijau, bas pun mula bergerak. Aku tukar ke gear tiga. Ketika betul-betul dipertengahan simpang dalam State Circle, aku terlihat dari sudut mataku sebuah kereta putih sedang laju. Dalam hati sempat berkata, kereta ni tak nak berhenti ke kat lampu merah. Aku agak pasti walaupun kereta itu akan langgar lampu merah, dia tidak akan melanggar aku kerana aku rasa seperti sudah agak ke depan. Tiba-tiba aku dengar bunyi kuat dari sisi kanan belakang dan badanku tertolak ke kiri dan kanan. Aku dengar bunyi tayar kereta terseret. Kereta ku terpusing 180 darjah dan bergerak ke belakang lalu naik ke bahu jalan. Aku cuba menekan brek tetapi kereta terus undur ke belakang di kawasan yang ada pohon-pohon gum. Allah, brek tak makan ke. Aku pusingkan badan ke belakang takut-takut terlanggar tiang atau pokok. Aku tekan-tekan brek lagi. Kereta terus mengundur. Akhirnya terlintas untuk mengangkat brek tangan dan kereta berhenti hanya 3,4 inci dari sepohon pokok gum. Kereta yang melanggar aku berhenti di bahu jalan di seberang jalan. Aku terdiam sebentar dalam kereta, cuba memahami keadaan. Aku keluar kereta, tangan dan kaki menggeletar. Aku duduk semula. Ada dua buah kereta lain berhenti dan pemandunya keluar. Wanita dari salah sebuah kereta yang berhenti itu bertanya adakah aku ok. Aku tanya kepada dia dengan wajah yang bingung ku rasa, "It was green for me right?" Bertalu-talu aku tanya dia. Dia gosok-gosok belakangku dan mengiakan beberapa kali.
Aku telefon suami minta dia datang. Apalagi bila dengar suara yang tersayang, mulalah menangis.
Yang melanggar aku ialah wanita dalam lingkungan 70an. Alhamdulillah semuanya beres beberapa jam selepas itu di balai polis Woden dan di syarikat insuran (NRMA). Keretaku….kena "write off" jawabnya jadi besi buruk. Nak betulkan pun makan seribu dollar jugak. Mungkin lebih. Harga kereta pun bukanlah mahal, maklumlah kita ni belajar di rantau orang ni. Nak guna kereta pun beberapa tahun saja.
Rasa-rasanya tidak mahu memandu lagi. Aku jadi takut melihat kereta yang bergerak di jalanraya terutama di persimpangan. Yang tersayang menawarkan kereta dia. Aku menolak. Rasanya buat beberapa hari ini tak nak memegang stereng. Hari ini aku gembira sebab naik bas, tak perlu memandu.
Walau bagaimanapun banyak lagi perkara yang patut aku syukuri. Sekiranya aku cepat beberapa saat, kemungkinan kereta itu akan melanggar di bahagian pintu pemandu dan akupun akan cedera (kalau tak cedera mungkin…..huh tak nak difikirkan), alhamdulillah itu tidak terjadi. Makcik yang melanggar itu pun mengakui salah dia, alhamdulillah. Selepas itu kami sama-sama ke balai polis dan ke pejabat insuran dia, alhamdullillah dia seorang yang bertanggungjawab dan mengaku kesalahan sendiri.
Alhamdulillah……
This entry was posted
on Monday, October 22nd, 2007 at 6:51 pm and is filed under Uncategorized.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.
October 28th, 2007 at 1:14 am
baru faham macamana kereta tu boleh kemek habis.. *geleng kepala*
alhamdulillah kak ana xde pape.. pengalaman berharga untuk dibawa pulang ke malaysia yg mana pemandunya lebih merbahaya dari yg ada di canberra..
a score for me to rethink, “nak amik lesen ke tidak ni..?”