YT KU SAKIT PINGGANG
Bukannya niat nak mengatakan padan muka kepada YT ku ini. Tapi ada kalanya (rasanya banyak kalanya) cakap isteri tu betul. Beberapa kali aku katakan padanya, janganlah ke workshop hari minggu. Rihatlah di rumah bersama keluarga. Jagalah kesihatan. Sudahlah enam hari full day di workshop. Iyelah orang ada workshop nak pergi, kita ni manalah ada workshop nak pergi hari minggu, aku perlikan dia.
Nak dijadikan kisah, YT ku ke workshop juga Ahad lepas kerana memindahkan satu barang yang aku rasakan besarlah juga dan memang berat kerana “made of steel”. Dengan pertolongan kuncu-kuncunya (kawan-kawan baiknya yang sentiasa memberikan sokongan kepada YT ku termasuklah sokongan supaya ke workshop pada hari minggu!!!), barang tersebut dapatlah dipindahkan.
Tetapi lewat petang itu YT ku pulang dengan muka berkerut. Aku pula waktu itu sedang bersantai (lelap matalah tu maknanya). Keluar dari bilik air setelah mandi, kerut di wajahnya bertambah sambil tangannya memegang belakang pinggang. Sakit belakang, katanya. Kasihan sungguh aku padanya. Lalu ku tanyakan, nak sapu minyak panas ke? Lepas solat, jawabnya.
Dalam hatiku ada juga gelihatinya sebab betullah kata-kataku sebelum ini, supaya rihat-rihatlah di rumah pada hari minggu. Jagalah kesihatan, janganlah bekerja tujuh hari seminggu.
Duhai para suami, lain kali cuba-cubalah dengar cakap sang isteri kerana ada juga kebenaran pada cakap-cakap mereka tu.
(YT = Yang Tersayang)